PENDAFTARAN UPAH HAJI UMRAH DIBUKA SEKARANG, JOM DAFTAR SEGERA..
Soal Jawab Badal Haji
Soalan yang sering ditanya...
S. Ustaz, apakah hukum menghajikan orang yang telah meninggal dunia?
J. Jika orang yang telah meninggal dunia itu belum mengerjakan haji sedang dia ada meninggalkan harta maka wajib dihajikan daripada hartanya. Jika ia tidak ada harta peninggalan maka tidaklah wajib waris menghajikannya tetapi kalau dibuat adalah baik. Adapun jika si mati sudah pernah mengerjakan haji semasa hidupnya maka tidak harus dihajikan lagi kecuali jika dia ada bernazar atau dia berwasiat supaya dihajikan.
S. Bolehkah seorang yang tua atau uzur kerana sakit dan tidak ada harapan sembuh mewakilkan kepada orang lain untuk mengerjakan haji bagi dirinya?
J. Ya, boleh mewakilkan kepada orang lain jika ia tidak ada harapan lagi untuk mengerjakan hajinya sendiri. Orang ini termasuk dalam erti kata "makdhub".
S. Apakah pahala yang dapat diperolehi jika mengerjakan haji bagi orang yang meninggal dunia?
J. Orang yang mengerjakannya dapat pahala membantu dalam perkara kebajikan. Orang yang mati itu pula gugur kewajipan.Dan setiap ringgit yang dibelanjakan akan diganti dengan ganjaran pahala yang berlipat.
S. Bolehkah seorang wanita mengerjakan haji untuk seorang lelaki yang meninggal dunia?
Ya, boleh.
S. Adakah boleh seorang pelaksana mengerjakan haji `badal` untuk beberapa orang yang meninggalkan dunia hanya pada tahun tersebut?
J. Tidak boleh, setiap pelaksana hanya boleh mengerjakan haji `badal` untuk seorang sahaja di dalam satu-satu tahun.
S. Adakah boleh saya menghajikan arwah ibu saya pada tiap-tiap tahun?
J. "Cukup hanya sekali bagi haji fardu, Tidak sah dilakukan haji sunat samada daripada waris simati atau orang lain melainkan dengan wasiat simati".
S. Bagaimana saya boleh percaya tentang kesahihan dan ketelusan pihak tuan dalam menguruskan Upah Haji ini?
J. Asas utama yang perlu ada ialah menerima suatu amanah dan takut kepada Allah serta menghindari dari laknatNya. Perkhidmatan pengurusan Upah Haji bererti kerelaan dan kesanggupan pihak kami menerima amanah tuan agar disempurnakan. Ia terjadi melalui satu proses akad,iaitu ijab dan qabul. Dengan erti kata lain, berjanji di hadapan Allah untuk melaksanakan ibadah tersebut. Maka dengan sendirinya si penerima menanggung segalanya sehingga haji itu dilaksanakan.
S. Apakah ciri-ciri pemilihan setiap pelaksana yang dilakukan oleh pihak tuan untuk mengerjakan Upah Haji dan Upah Umrah.
J. Asas utama proses pemilihan dibuat ialah seorang muslim yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang ibadat haji umrah. Sudahpun akil baligh. Berakhlak dan keutamaan tidak merokok. Berpengalaman mengerjakan haji. Diberi keutamaan kepada penduduk yang bermukim di kota Makkah.